Selamat Kembali Ke Sekolah!

Posted by: | Posted on: January 5, 2017

Wajah-wajah ceria menghiasi suasana persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang pada 3 Januari 2017 untuk sesi 2017.

Kebanyakan murid memperagakan pakaian uniform sekolah yang serba baru menandakan bermulanya satu azam baru di kalangan mereka.

Semangat yang ditunjukkan sepanjang hari persekolahan ini menampakkan satu keinginan yang tinggi bagi mencari mutiara ilmu bagi tempoh pembelajaran yang akan datang.

Bak kata pepatah Arab “من جد وجد” (Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan dapat hasilnya)


LDP : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPM g2)

Posted by: | Posted on: December 30, 2016

Sanglang, 30.12.2016 – Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPM g2)  antara lain ialah berorientasikan tindakan, menitik beratkan kualiti dan berasaskan evidens. Sehubungan itu,  Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Perlis Tuan Haji Abdul Rashid bin Abdul Rahim hadir bagi menjelaskan hala tuju dan matlamat SKPM g2 yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga dengan penerangan yang diberikan akan dapat menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang Perlis lebih maju dan berkualiti.


Majlis Penyerahan Slip Keputusan PT3

Posted by: | Posted on: December 29, 2016

Tahniah kepada semua calon PT3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang Perlis yang telah menerima slip keputusan PT3 pada 19 Disember 2016 yang lepas.

Majlis Penyerahan Slip Keputusan PT3 telah disempurnakan oleh Puan Norinah binti Sharrie selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang Perlis.  Sesungguhnya kejayaan yang datang hasil usaha yang bersungguh-sungguh dan izin daripada Allah.

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Posted by: | Posted on: August 25, 2016

Pelbagai aktiviti telah diatur dalam menjayakan bulan kemerdekaan. Ini bertujuan bagi menyemai semangat cintakan negara warga sekolah terhadap negara Malaysia. Antara aktiviti yang telah dijayakan ialah permainan tradisional (batu seremban dan sepak raga bulatan), pertandingan melukis poster, dan kuiz kenegaraan. Penyertaan daripada murid amat menggalakan. Semua aktiviti berjalan serentak iaitu sekitar jam 2.40 petang pada 24 Ogos 2016.


Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Sanglang 2016

Posted by: | Posted on: August 11, 2016

Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Sanglang 2016 telah dilaksanakan pada 8 Ogos 2016 (ISNIN) dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua , Puan Norinah binti Sharrie. Para pelajar dan guru telah menunjukkan semangat patriotik yang tinggi. Program ini diharapkan agar patriotisme dalam kalangan pelajar dan guru dapat disemai supaya kedaulatan negara terus dipelihara.


Program GeMILAP II (UniMAP Pauh Putra) 5 Ogos 2016 – 7 Ogos 2016

Posted by: | Posted on: August 11, 2016

Program GeMILAP II telah dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi dan aspirasi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Ianya berfokus kepada pembangunan akedemik pelajar di samping menerapkan nilai kerohanian di dalam diri para pelajar. Program ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak UNIMAP Kampus Pauh Putra di dalam menyediakan bilik kuliah dan penginapan untuk para pelajar. Program yang telah berlangsung selama 3 hari dua malam ini diharap agar dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam PT3 dan SPM.


Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Azrie Aizuddin

Posted by: | Posted on: August 4, 2016

photo_2016-08-04_13-21-09 photo_2016-08-04_13-22-10 photo_2016-08-04_13-22-50photo_2016-08-04_13-24-21photo_2016-08-04_13-23-54photo_2016-08-04_13-23-03photo_2016-08-04_13-24-36


Hari Anugerah Cemerlang

Posted by: | Posted on: August 4, 2016

Hari Anugerah Cemerlang telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis, 28 Julai 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ku Hashiam bin Ku Bakar.


Majlis Pelancaran HIP (Highly Immersive Programme)

Posted by: | Posted on: August 4, 2016

HIP

HIP merupakan program bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris. 
Program ini dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan beberapa negeri seperti Perlis dan Perak menjadi negeri pilot. Pendekatannya adalah dengan memberi fokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah dan untuk sekolah. Sekolah akan dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti

HIP di peringkat SMK Sanglang,Perlis telah dilancarkan dengan jayanya pada hari Rabu, 7 Ogos 2016 .


Ceramah Kesihatan Peringkat Sekolah 2016

Posted by: | Posted on: May 15, 2016

Satu Ceramah Kesihatan telah diadakan pada 13 Mei 2016 (Jumaat).  Ceramah ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar menengah rendah SMK Sanglang akan penjagaan kesihatan gigi.

Ceramah Kesihatan